Bagi wanita dan bakal ibu yang sedang merancang atau membuat persediaan untuk mengandung buat kali pertama atau bahasa orang putihnya trying to conceive (ttc), pasti banyak pertanyaan dan persoalan yang berlegar di fikiran. Banyak perkara bakal ibu perlu tahu dan perancangan awal amatlah penting bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Hari ini, mama-share.com akan kongsikan bersama anda 5 perkara utama yang bakal ibu di luar sana perlu tahu sebelum mengandung. Semoga bermanfaat untuk anda!
Asid Folik
Asid folik perlu dimakan sejak 3 bulan sebelum mengandung. Pengambilan asid folik ini sangatlah penting. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), dengan pengambilan 400mg sehari sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil dan 3 bulan pertama kehamilan, anda dapat mengurangkan kemungkinan bayi anda mengalami kecacatan neural tiub seperti “spina bifida” sebanyak 50 hingga 70 peratus. Pengambilan asid ini juga membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran yang lain. Pengambilan ubatan ketika anda mengandung juga penting bagi perkembangan bayi.
Track Menstrual Cycle Anda
Anda boleh mulakan rekod tarikh dan tempoh haid anda seawal mungkin untuk mengetahui kitaran sebenar haid anda. Kitaran haid adalah berbeza bergantung kepada individu (28-35 hari setiap kitaran). Ini adalah penting supaya anda boleh menganggar tarikh ovulasi anda iaitu tarikh anda subur di mana peratus untuk berjaya hamil jika anda bersama dengan suami ketika subur adalah lebih tinggi. Tambahan, di awal kehamilan, Doktor akan menggunakan tarikh hari pertama haid terakhir anda untuk mengenal pasti usia kandungan. Jadi bakal ibu perlu tahu tarikh ini untuk informasi awal kehamilan.
Pemakanan Seimbang
Foto dari Unsplash
Anda boleh mulakan pemakanan seimbang sebagai persediaan untuk mengandung. Ketika hamil, hormon di dalam badan akan menjadi agak kucar-kacir. Ini kerana, badan kita sedang menyesuaikan keadaan ketika memberi keperluan kepada bakal zuriat anda. Ibu mengandung mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapat Gestation
Senaman Ringan
Selain pemakanan yang seimbang, anda juga boleh melakukan senaman ringan. Ketika mengandung, rahim anda akan menjadi rumah untuk cahaya mata yang bakal lahir selama 9 bulan. Ini termasuk menyalurkan pemakanan, oksigen dan banyak lagi. Jadi, untuk menjadi rumah yang terbaik untuk bakal zuriat, kita perlu pastikan tubuh badan kita berada pada tahap optimum. Sebagai persediaan, anda boleh melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mendapatkan stamina yang baik.
Persiapan Mental dan Fizikal
Mencuba untuk hamil adalah sesuatu perkara yang subjektif. Adakala, ianya adalah proses yang mudah namun untuk sesetengah pasangan, proses ini menduga kesabaran mental dan fizikal. Oleh itu, amatlah penting bagi bakal ibu dan juga bakal bapa untuk mempersiapkan mental dan fizikal untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku ketika proses ini. Setelah hamil juga, terdapat pelbagai dugaan yang bakal dihadapi. Jadi, sokongan dari pasangan masing-masing sangat penting dan teruskan berdoa supaya ada rezeki zuriat untuk anda.
Semoga tips dan cadangan dari kami dapat membantu anda dan kami doakan rezeki anda untuk memiliki zuriat dalam masa terdekat!
#Hamil #Mengandung #BakalIbu #MencubaHamil #IbuAyah #hamilkalipertama #perancangankeluarga #faktahamilkalipertama #tryingtoconceive #ttc #familyplanning