Penyusuan bayi merupakan salah satu keindahan yang ibu dan bayi dapat nikmati. “Bonding” yang ibu dan bayi dapat melalui penyusuan adalah antara momen yang akan ibu ingati sepanjang hayat. Namun, penyusuan tanpa persediaan kadangkala boleh memberi halangan untuk ibu sepanjang penyusuan. Persediaan Menyusu Bayi perlu dilakukan sebelum kelahiran bayi bagi memudahkan ibu.
Jadi, hari ini mama-share akan kongsikan persediaan yang ibu boleh buat sebelum ketibaan bayi anda. Ikuti perkongsian kami dan semoga ia dapat memberi info berguna kepada bakal ibu di luar sana!
Sediakan Bakul Penyusuan Bayi
Menyediakan bakul penyusuan adalah antara penyelamat terbaik bagi persediaan ibu menyusu bayi. Tidak boleh disangkal lagi, penyusuan di awal kelahiran dan menguruskan bayi adalah antara fasa yang menggunakan tenaga ibu yang sangat banyak. Menyimpan semua keperluan menyusu di satu tempat sedikit sebanyak dapat membantu ibu menjimatkan masa mencari segala barang yang diperlukan ketika menyusu.
Berikut antara keperluan penting yang ibu boleh letakkan dalam bakul penyusuan:
- Bakul atau Beg yang mempunyai banyak “compartment” (seperti beg ini)
- Nursing Pads
- Nipple Balm
- Haaka milk collector
- Buku atau Majalah untuk bacaan
- Kain Napkin
- Untuk EP Mom (Ibu mengepam) anda boleh meletakkan keperluan mengepam anda bersama
Sertai Breasfeeding Support Groups
Anda boleh dapatkan kaunselor laktasi di hospital atau klinik terdekat anda. Namun, anda juga digalakkan untuk menyertai kumpulan penyusuan yang terdapat di Facebook. Antaranya, Happy Breasfeeding Malaysia (HBM) dan The Breasfeeding Advocates Network (TBAN). Kumpulan ini terdiri daripada kaunselor laktasi dan ibu yang sering berkongsi ilmu penyusuan. Anda juga boleh kemukakan soalan atau dapatkan panduan dari mereka berkaitan penyusuan.
Perkongsian ilmu di kumpulan penyusuan ini sedikit sebanyak membantu selain melihat ibu-ibu memberi sokongan antara satu sama lain dapat memberi motivasi yang baik untuk anda.
Pelajari Pelbagai Posisi Penyusuan
Anda semestinya mahu pelajari beberapa posisi penyusuan biasa yang ibu boleh aplikasi sepanjang penyusuan bayi. Ini kerana, lain orang, lain posisi yang selesa bagi mereka. Anda boleh mencari posisi yang terbaik bersama bayi selepas kelahiran dan mempelajari posisi yang ada terlebih dahulu akan sangat membantu!
Posisi penyusuan nampak mudah, semudah memegang bayi dan menyuakan puting susu. Namun, jika tiada keselesaan bagi ibu dan bayi, ia akan menjadi halangan dalam mendapatkan penyusuan yang baik.
Berikut antara posisi penyusuan yang anda boleh pelajari terlebih dahulu:

- Cradle Position
- Cross-Cradle Positions
- Football Hold
- Laid-Back Positions
- Side-Lying
Ikuti artikel Posisi Menyusu untuk memahami lebih lanjut posisi penyusuan yang terbaik
Pilih Breastpump Mengikut Keperluan Anda

Bagi ibu bekerja, breastpump adalah teman baik anda sepanjang bekerja. Memilih breastpump yang memenuhi kriteria tempat kerja anda amat penting supaya proses mengepam berjalan dengan lancar sepanjang bekerja. Terdapat pelbagai jenis breastpump yang terdapat di pasaran masa kini yang dapat memberi ibu pilihan untuk dibeli. Ibu perlu memilih dengan baik kerana terdapat jenis material berbeza, kapasiti pam yang berbeza dan sebagainya.
Antara kriteria yang perlu di ambil kira:
- Heavy Duty / Handsfree
- SIlicon / Plastics
- Tubeless / With Tubing
Keperluan Menyusu
Antara persediaan menyusu yang anda boleh buat sebelum kelahiran bayi anda adalah menyediakan keperluan menyusu. Selain bakul penyusuan, mama-share kongsikan beberapa item yang anda boleh fikirkan untuk beli. Item ini banyak membantu dan boleh digunakan sepanjang proses penyusuan:
- Botol Susu
- Bantal Menyusu (Untuk memangku bayi)
- Nursing cover (Ketika Menyusu di luar)
- Nursing Bra (Memudahkan untuk menyusu)
- Breastmilk storage bags
- Baju yang nursing-friendly
Dapatkan Sokongan Keluarga Terdekat (Suami Terutamanya)
Kejayaan penyusuan bayi bergantung kepada sokongan keluarga terdekat anda terutamanya suami. Anda boleh lakukannya sendiri namun, jika anda mempunyai sokongan yang baik, ia dapat memudahkan proses penyusuan secara berganda. Sokongan ini bukan bermaksud suami/keluarga anda faham pentingnya penyusuan. Ia lebih kepada memahami asas penyusuan dan keperluan ibu dan bayi dalam proses penyusuan. Fahami dan pelajari bersama suami/keluarga supaya bantuan dari mereka sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan ibu dalam penyusuan.
Fahami Asas Penyusuan
Jika anda tidak dapat menyertai kelas penyusuan yang berbayar, anda boleh melakukan kajian ringkas untuk memahami asas penyusuan yang betul. Mendalami ilmu penyusuan membantu ibu untuk memahami semua perkara berkaitan penyusuan. Antaranya:
- Cara lekapan yang baik
- Kolostrum dan Bils susu mula keluar
- Berapa kerap bayi akan menyusu
- Mengekalkan dan menambahkan susu
Persediaan ini sememangnya agak memenatkan namun percayalah, momen indah penyusuan anda akan anda ingati sepanjang hayat anda sebagai ibu.
1 thought on “7 Persediaan Menyusu Sebelum Kelahiran Bayi”