Anda sedang mencuba untuk hamil? Nak buat pregnancy test setiap bulan ke? Atau terus berjumpa doktor? Sebenarnya terdapat beberapa lagi tanda jelas bahawa anda mengandung. Mari ikuti perkongsian mama-share.com hari ini dan jika anda mempunyai semua tanda-tanda yang kami kongsikan, peratusan untuk anda hamil adalah tinggi. Boleh buat pregnancy test atau berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Haid Anda Lewat
Ini adalah petanda utama bagi mengenalpasti tanda anda mengandung. Ketika mengandung, haid anda tidak akan datang kerana telur yang sepatutnya keluar telahpun disenyawakan dan sedang membesar di dalam rahim anda. Sekiranya haid anda konsisten setiap bulan dan telah terlewat, anda digalakkan melakukan pregnancy test untuk mendapatkan kepastian. Perlu diingat, sekiranya kandungan anda masih awal, pregnancy test anda akan menunjukkan negatif kerana bacaan HCG anda masih rendah. Jadi ulang lagi tiga atau empat hari selepas itu jika haid masih belum tiba. Namun, terdapat juga kes di mana wanita mengalami pendarahan ketika mengandung yang disalah artikan sebagai haid. Ini termasuk pendarahan implan (implantation bleeding) iaitu pendarahan yang berlaku ketika telur yang telah disenyawakan menempel ke dinding rahim dan menyebabkan sedikit pendarahan.
Loya/Pening Kepala
Foto dari Unsplash
Selalu tonton drama di mana watak utama muntah-muntah dan pening kepala sebelum mereka mengetahui mereka mengandung? Ya, itulah kebiasaan yang ibu hamil akan alami di awal kehamilan. Gejala ini kebiasaannya dialami pada trimester pertama anda dan tahap gejalanya berbeza dengan individu. Ada yang mengalami mabuk teruk sehingga bersalin, ada juga yang gejala ini berakhir ketika kandungan memasuki trimester kedua. Anda akan terasa terhuyung hayang dan loya sama ada pada waktu pagi atau petang.
Pendarahan Kecil (Spotting)
Ketika telur berjaya disenyawakan, ia akan keluar ke rahim dan mencari tempat untuk menempel untuk membesarkan janin di dalam rahim. Kadangkala, ketika proses ini, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan (spotting). Hal ini adalah tidak membimbangkan namun jika pendarahan berterusan dan semakin banyak, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera bagi memastikan kandungan anda selamat.
Badan Terasa Lesu
Seawal Minggu pertama kehamilan, badan anda akan mulai rasa lesu dan tidak bermaya. Anda akan merasa penat yang luar biasa tanpa sebab dan menyebabkan anda mahu berbaring seharian. Hal ini terjadi kerana, tubuh badan anda sedang menggunakan tenaga lebih dari biasa untuk mempersiapkan persekitaran yang optimum untuk membesarkan zuriat di dalam rahim anda.
Suhu Badan Tinggi dari Biasa
Badan terasa agak hangat atau demam adalah salah satu tanda umum yang juga sering muncul pada awal masa hamil. Perkara ini sering terjadi kepada wanita sedang hamil kerana isipadu darah dalam tubuhnya meningkat. Biasanya, penambahan isipadu darah terjadi saat seseorang memasuki usia kehamilan 6 minggu. Bertambahnya isipadu darah inilah yang membuat tubuh terasa lebih hangat. Itu sebabnya, demam sering kali menjadi salah satu tanda awal hamil yang umum terjadi.Aliran darah ekstra ini menyebabkan metabolisme juga meningkat, sehingga menciptakan lebih banyak panas tubuh.Itu sebabnya seorang wanita hamil cenderung mengalami demam atau merasa hangat selama masa kehamilan. Meningkatnya jumlah darah pada ibu hamil berfungsi agar pembentukan plasenta berkembang dengan sempurna. Hal ini sangat penting dalam memastikan suplai darah untuk janin dan memberinya nutrisi.
Sekiranya anda mengalami hampir semua petanda ini, anda dinasihatkan melakukan pregnancy test atau berjumpa dengan doktor bagi memastikan anda hamil dan mengetahui perkembangan janin sekiranya hamil.