Dalam menjalani proses pembesaran, baby dan kanak-kanak akan mudah untuk mendapat penyakit seperti selesema dan demam panas. Hal ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit. Namun, hal ini sangat merisaukan ibubapa kerana anak demam panas yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain. Jadi, mama-share kongsikan untuk anda cara-cara yang sangat berkesan untuk menurunkan suhu demam anak dengan cepat dan selamat. Rawatan untuk jenis demam yang pelbagai pun ada tau!
INI TIPS UNTUK KURANGKAN SUHU BADAN ANAK DEMAM
1. Lap badan dengan air – Untuk sejukkan anak demam panas dengan cepat, basahkan ketiak serta anggota wudhuk (sebab banyak cooling point terutama kepala, telinga dan tapak kaki)
2. Gunakan bahan dari dapur lemon/limau nipis/asam jawa/bawang putih untuk kurangkan panas badan (saya lebih suka gunakan minyak bawang putih sebab bawang putih agak panas bagi kulit yang sensitif)
3. Untuk cepat kurangkan anak demam panas, boleh juga gunakan daun bunga raya/daun rambutan atau daun aloe vera (orang yang alergi pada bawang/bawang putih biasanya akan alergi pada aloe vera). Jika nak gunakan daun aloe vera, boleh tengok gambar cara ambil gel.
4. Boost imun anak dengan bagi makan sup rebusan tulang (bone broth) serta makanan tinggi vitamin C.
5. Pastikan anak minum air kosong secukupnya. Berikan juga air nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang sangat baik untuk anak demam. Selain bahan dalam kismis yang bertindak sebagai antibakteria & antioksidan, kismis membantu menentang jangkitan & juga meredakan demam. (masukkan kismis masa masak sup pun boleh)
6. Optional – boleh juga tekan/picit point acupressure untuk kurangkan demam. Boleh klik link ini untuk tengok video bahagian yang perlu dipicit.
Info tambahan:
Saya dapat petua buah tin & oren tu dari peniaga kedai ubat sensei.. Semoga bermanfaat.
CARA RAWATAN BERDASARKAN JENIS DEMAM YANG BERBEZA
AKIBAT TONSIL
- Rebus 3-5 biji buah tin bersama sedikit air. Kemudian blend halus buah tin bersama airnya menjadi pes. Berikan kepada anak 2-3x sehari untuk 2-3 hari (buat baru setiap hari). Tapis jika perlu. Anak dah setahun ke atas boleh dicampur sesudu makan madu.
- Pes ni juga boleh digunakan untuk ditepek pada bahagian luar leher (tempat yang sakit). Biarkan hingga kering, kemudian bersihkan dengan air.
- Boleh juga masukkan buah tin ke dalam masakan/buat sup.
AKIBAT SELSEMA
- Makan makanan tinggi vitamin C (oren, anggur, strawberi, dll)
- Anak setahun ke atas, boleh diberi jus oren & madu. Anak setahun ke bawah, boleh diberikan jus yang telah dicairkan dengan air dengan nisbah 1:1
- Letak kunyit hidup yang ditumbuk pada pangkal hidung (antara kening)
- Guna minyak bawang putih
DEMAM AKIBAT BATUK
- Anak setahun ke atas, berikan jus nenas (masak ranum). Anak bawah setahun, berikan jus nenas yang dicairkan (untuk minum sebagai jus) atau berikan hanya Âľ-1 sudu kecil (3.5-5 ml) jus nenas yang pekat. Elakkan pengambilan kentang & produk soya kerana ia mengurangkan keberkesanan nenas.
- Boleh juga berikan oren (dipotong atasnya) yang dikukus sejam-2 untuk dapatkan jusnya. Jus oren yang dah dikukus ni elok diberikan sebelum tidur.
- Gunakan minyak bawang putih, sapukan pada dada & belakang.
- Gunakan daun sirih & tepuk percussion. Boleh baca cara kat link ini
DEMAM CAMPAK
- Minum dan mandikan dengan air kelapa
- Elakkan makanan berminyak serta makanan menyebabkan gatal seperti telur, ayam (kecuali ayam kampung/organik), ikan & seafood (kecuali ikan isi putih)
- Minum air rebusan barli & makan makanan tinggi vitamin C untuk boost imun
- Campurkan sikit minyak bawang putih ke dalam bedak sejuk & sapukan pada badan
- Rebus daun semambu/daun sirih/daun kunyit/daun bidara atau mana-mana gabungan daun yang ada. Gunakan sebagai bilasan terakhir ketika mandi/gunakan bersama bedak sejuk untuk kurangkan gatal.
*Semoga bermanfaat bila anak demam nanti ya!