Mama Ayah sering menghadapi masalah anak susah tidur. Tidak kira ketika newborn, atau menginjak masuk usia toddler. Seperti biasa, mengenalpasti punca masalah ini boleh membantu mama ayah untuk mencari solusi yang terbaik untuk anak. Di sini mama-share kongsikan 10 sebab yang boleh menjadi faktor mengapa anak kita susah tidur.
Kenapa sesetengah budak susah tidur malam?
1. Sudah menjadi ‘habit’ perlukan bantuan untuk tidur
Ini biasa terjadi pada anak yang dah biasa tidur dalam buaian dan tidur bersama mama ayah. Itu sebab bila dia terjaga, kita takde kat sebelah, dia akan menangis dan mengamuk.

2. Terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi

Tidur petang atau ‘nap time‘ amat penting bagi anak kecil untuk mereka ‘recharge energy‘. Tidur sekejap dapat mengembalikan tenaga mereka dan buat mood menjadi ceria. Jika seharian tidak tidur, mereka akan berasa penat.
Itu sebab anak yang tidak tidur petang lebih cenderung untuk susah tidur di waktu malam dan mengamuk-ngamuk disebabkan mereka berasa penat sebenarnya. Amat penting mama ayah merutinkan tidur petang dalam 1-3 jam setiap hari. Tapi, jangan bagi anak tidur hampir waktu maghrib sebab dia akan berjaga bila tengah malam nanti.
3. Gelisah berpisah dengan mama ayah (“separation anxiety”)

Kebanyakan anak kecil memang mempunyai syndrome gelisah yang tinggi bila berjauhan dengan mama ayah. Kerisauan yang tinggi ini membuatkan mereka susah tidur sebab takut mama ayah tiada di sebelah bila terjaga. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena dan asyik terbangun tengah malam.
4. Rutin tidur anak tidak tetap
Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat rutin tidur anak lebih susah. mama ayah dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tetap juga boleh menjejaskan amalan tidur si anak.
5. Obstructive Sleep Apnea
Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Simptom yang boleh mama ayah perhatikan bila anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus.
Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Mereka selalu mengantuk waktu siang semasa di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Jikalau anak-anak ada situasi macam ini, perlu jumpa dengan doktor.
6. Tidak sihat

Hidung tersumbat, berhingus dan berlendir disebabkan selesema, resdung, alahan, ataupun asma boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit sebab tumbuh gigi pun boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.
7. Mimpi ngeri/ “night terror” atau mimpi berjalan (“sleepwalking”)
Kadang-kala, anak terjaga disebabkan mengalamai mimpi ngeri. Mereka berasa takut dan susah nak tidur semula. Mereka akan mengalami “night terror” di mana mereka akan menjerit, menangis, dan tidak dapat ingat apa yang berlaku selepas terjaga. Sama seperti berjalan dalam tidur di mana mereka akan bangun berjalan walaupun masih tidur. Selalunya, night terror dan berjalan dalam tidur akan hilang selepas umur semakin meningkat masuk umur remaja.
8. Ubat-ubatan
Sesetengah ubat seperti ubat selesma, alergi, dan ADHD boleh mengganggu kualiti tidur anak. Satu-satunya cara untuk mengatasi adalah dengan mendapatkan konsultasi semula dengan doktor tentang jenis ubat, dose dan juga waktu pemberian ubat.
9. Ketagihan gadjet
Anak ketagih gadjet memang menjadi cabaran utama mama ayah zaman kini. Jangan tak percaya, anak seawal setahun lebih boleh tak tidur malam sampai 2 3 pagi sebab melayan video you tube. Ketagihan gadjet ini memang terbukti menjadi punca anak tak mahu tidur dan asyik tantrum. Jadi mama ayah seharusnya dari awal bertegas had kan penggunaan gadget seperti TV, tablet atau hp pada anak-anak.
10. Hormon tidur (melatonin) tak stabil
Sebenarnya, anak kecil sepatutnya tidak ada masalah untuk tidur kerana paras Melatonin (hormon tidur) lebih tinggi dalam kanak-kanak berbanding orang dewasa. Tapi hormon setiap orang tak sama. Ada yang dari bayi memang bayi susah sangat nak tidur membawa ke besar. Dan ada beberapa faktor yang menganggu paras Melatonin ini seperti cahaya dari TV dan gadjet.
Jadi, untuk mama ayah di luar sana yang alami masalah anak susah tidur siang dan malam, kita perlu usaha dan ikhtiar dari sekarang untuk betulkan semula pola tidur anak. Jika pola tidur bermasalah dari kecil, nanti ia akan menganggu daya fokus nya bila dia bersekolah.
Mama Ayah boleh ikut Perkongsian kami untuk mengatasi permasalahan anak yang susah tidur di sini Cara Atasi Masalah Anak Susah Tidur. Semoga membantu!