Melatonin adalah hormon semulajadi dalam badan yg berfungsi mengatur kitaran tidur manusia. Bayi dan kanak-kanak yang normal seharusnya tiada masalah untuk tidur lena kerana kanak-kanak adalah golongan yang mempunyai paras melatonin tertinggi berbanding orang dewasa.
Tidur yg cukup dan berkualiti amat penting bagi bayi dan kanak-kanak kerana perkembangan otak kanak-kanak banyak terjadi sewaktu tidur. Perkembangan fizikal, emosi dan tumbesaran yg sihat juga dipengaruhi oleh faktor tidur yang baik.
Masalah tidur anak tidak boleh dipandang remeh. Jom kita kenali apa itu Melatonin dan 7 fakta menarik tentang nya.
7 Fakta Menarik Mengenai Hormon Melatonin

- Dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak
- Hormon semulajadi dalam badan yang bertanggungjawab mengatur kitaran tidur manusia
- Terhasil lebih banyak pada waktu malam, kurang dihasilkan pada siang hari
- Kanak-kanak menpunyai paras melatonin yang tinggi
- Pisang, Bayam, Tomato dan Nenas adalah antara makanan yang tinggi melatonin
- Pancaran sinaran cahaya TV, Komputer dan Telefon mengganggu penghasilan melatonin dan menyebabkan kesukaran tidur
- Perubahan tempat tidur, peralihan suasana juga mengganggu kitaran rembesan melatonin
Mama Ayah boleh Cuba Cara di bawah untuk Membantu anak Tidur dengan lebih mudah

- Pastikan bayi dan anak anda dalam keadaan kenyang. Bila bayi lapar, memang dia tak mahu tidur.
- Pastikan lampin sudah ditukar. Bedungkan bayi.
- Untuk anak kecil, simpan semua permainan anak, tutup TV dan jauhkan handphone. Pancaran sinaran biru dari TV dan telefon akan menganggu penghasilan hormon tidur. Ibu yang menyusui bayi juga perlu menjauhkan smart phone dari bayi.
- Malapkan lampu. Bila suasana gelap, mood anak bermain akan menurun. Hormon Melatonin mudah terhasil dalam suasan gelap.
- Ajak anak ke katil dan bersedia untuk tidur.
Langkah ini dapat membantu mencipta rutin untuk anak anda dan hormon melatonin boleh dikeluarkan oleh badan untuk menandakan bahawa masa tidur telah tiba. Jadi, anak lebih mudah melelapkan mata.
Semoga perkongsian dari mama-share ini dapat membantu!