Due date semakin dekat, dah boleh mulakan packing hospital bag dan kemas barang untuk dibawa ke hospital untuk bersalin. Perlu bawa banyak? Macam mana kalau tak cukup? Ibu jangan risau. Mari mama-share kongsikan keperluan penting yang ibu perlu bawa ke hospital untuk bersalin. Untuk memudahkan, kami kongsikan senarai lengkap untuk ibu supya boleh dijadikan rujukan. Mari kita mulakan!

Anda Boleh muat turun Checklist ini secara PERCUMA di sini
Keperluan Bayi dalam Hospital Bag

Untuk keperluan bayi, adalah lebih mudah untuk diasingkan mengikut set pakaian. Set ini boleh dimasukkan ke dalam bag ziplock dan dilabelkan mengikut keperluan. Setiap bag ziplock boleh disusun dalam hospital bag anda dan mudah diambil mengikut label. Contoh mudah yang boleh dibuat panduan adalah seperti berikut:
1. Beg Labour Room
Untuk beg labour room, ibu boleh sediakan satu set baju, pampers, kain bedung, dan set booties dan mitten. Kebiasaannya, labour room agak sejuk, jadi lebih baik sediakan set baju lengan panjang. Selepas kelahiran, nurse akan bantu pakaikan baju dan bedung bayi anda. Jadi, menyediakan beg ini dapat memudahkan nurse mencari keperluan bayi.
2. Beg Hari Pertama
Untuk hari pertama, ibu boleh sediakan set baju, pampers, kain bedung, barut bayi, set booties dan mitten dan kain napkin. Bagi memudahkan, ibu boleh bawa baju berbutang atau berikat. Terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan bagi mengelakkan ibu kelam kabut sendirian memakaikan baju kepada bayi. Ini actually pengalaman dari admin sendiri, gelabah nak pakaikan baby rompers sendirian tanpa bantuan sesiapa. Rompers memang comel tapi lebih sukar dipakaikan terutama ketika bayi menangis.
3. Beg Barang Keperluan Bayi

Dalam beg keperluan bayi, ibu boleh masukkan barang-barang penting yang diperlukan untuk menguruskan bayi. So, admin suggestkan untuk ibu masukkan wet tissue, tuala, dan baby care (baby oil, lotion, cotton bud). Boleh bawa extra ya wet tissue tu kerana bayi akan kerap kencing dan berak.
4. Beg Extra
Dalam beg extra, ibu boleh masukkan 3-4 keping pampers, extra 1 set baju baby in case ada urusan yang memerlukan ibu dan bayi stay di hospital lebih masa, dan extra tuala, napkin dan kain bedung.
5. Beg Balik Rumah
Beg balik rumah pula, ibu boleh sediakan set baju untuk balik rumah, pampers, kain bedung, topi, set booties dan mitten dan kain napkin.
Keperluan Ibu

Setelah selesai barang keperluan bayi, ibu boleh mulakan mengemas barang keperluan ibu pula. Barang keperluan ibu boleh disusun dalam satu beg mengikut keselesaan ibu. Ibu boleh refer sini ya:
1. Barang penting
Ibu perlu bawa dokumen penting seperti IC, buku pink, sijil nikah (jika perlu). Dokumen ini boleh disatukan di dalam file bersama beg duit ibu. Charger handphone dan powerbank juga perlu dibawa bersama pada zaman sekarang supaya boleh update suami and family perkembangan ibu dan bayi. Ibu boleh bawa naskah yasin untuk meluangkan masa menunggu kelahiran sambil melayan contraction. Atau ibu boleh buka saja handphone untuk membaca surah dan doa.
2. Barang keperluan penjagaan ibu
Ibu boleh bawa barang-barang seperti di dalam checklist untuk keselesaan ibu. Wad Bersalin kebiasaannya sejuk jadi sweater agak penting takut kesejukan. Selain itu, maternity pad dan disposable panties juga ibu perlu bawa. Kebiasaannya, awal kelahiran, darah nifas agak banyak jadi ibu perlu kerap menukar pad. Disposable panties juga boleh dipakai supaya ibu tak perlu bersusah payah basuh pakaian dalam di hospital. Tudung sarung dan getah rambut penting ya. Ketika contraction, agak payah untuk handle tudung ibu sendiri jadi guna tudung sarung lebih mudah diurus. Ibu juga jangan lupa bawa baju untuk balik rumah bersama stokin tebal dan kain batik/skirt untuk keselesaan ibu.
3. Toiletries Ibu
Barang-barang mandi ibu perlu juga dibawa ya. Sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, deodorant dan tuala untuk mandian. Selain itu, minyak angin untuk mengurut sementara menunggu untuk discharge bersama bayi pun boleh disediakan. Nipple cream juga ibu boleh bawa untuk memberi keselesaan untuk ibu yang pertama kali menyusukan bayi.
4. Snack untuk Ibu
Ibu boleh bawa snack-snack yang bersesuaian. Hospital biasanya menyediakan makanan untuk sarapan, minum pagi, tengahari, petang, dan malam. Kebiasaannya makan malam agak awal jadi malam ibu mungkin lapar sebelum tidur. Ibu boleh bawa biskut atau roti dan minuman 3in1 untuk alas perut. Selalunya, hospital ada menyediakan air panas jadi mudah untuk ibu bancuh air.
Admin rasa ini antara barang penting ibu boleh bawa untuk hospital bag anda. Semoga perkongsian mama-share membantu ibu-ibu semua dan semoga urusan kelahiran anda dipermudahkan dan berjalan lancar