Terdapat Pelbagai faktor bayi Menangis. Menangis adalah cara bayi untuk berkomunikasi dengan ibu bapa tentang keperluan, kesedihan, kesakitan dan perasaannya. Menangis boleh memastikan tindak balas daripada ibu bapa atau penjaga.
Jadi, mengenalpasti punca bayi anda menangis adalah tugas yang paling penting dan langkah pertama untuk menenangkan bayi yang menangis.
Menangis kerana Lapar

Lapar adalah sebab paling biasa bayi anda menangis. Perut bayi yang kecil dan tidak dapat menyimpan makanan yang banyak adalah punca bayi kerap rasa lapar. Tanda bayi lapar kebiasaanya bayi akan hisap ibu jari, menyonyot bibir atau menghisap benda terdekat dengannya. Bayi juga akan memusingkan kepala dengan mulut sedikit terbuka. Susukan Bayi dengan kerap setiap 2-3jam.
Suhu yang tidak Sesuai

Suhu terlalu sejuk atau panas adalah antara punca bayi menangis. Sebagai contoh, bayi akan menangis ketika anda menukar lampin atau menukarkan baju di bawah penghawa dingin. Sesuaikan pemakaian bayi dengan suhu dengan sarung tangan dan kaki ketika sejuk dan pakaikan pakaian nipis ketika panas
Lampin Kotor

Faktor lain bayi menangis adalah ketidakselesaan dari lampin yang kotor. Bayi di awal usia sebaiknya tukarkan lampin setiap 2-3jam bagi mengelakkan bayi menangis dan mengelakkan ruam lampin.
Teething/Tumbuh Gigi

Fasa tumbuh gigi adalah antara fasa yang menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada bayi. Jika bayi anda menangis dan anda tidak dapat mengenalpasti punca, periksa gusinya untuk melihat jika ada gigi yang bakal tumbuh. Anda boleh gunakan teething gel ataupun beri kan bayi susu sejuk untuk meredakan kesakitan.
Menangis Ketika Mengantuk

Foto dari Unsplash
Bayi pada peringkat awal tidak mampu mempunyai kemahiran untuk menidurkan diri sendiri. Jadi mereka memerlukan pertolongan dari ibu bapa dan penjaga untuk melenakan diri sendiri. Jadi anda boleh menggunakan kaedah 5S untuk menidurkan bayi anda.
Sakit

Ketika bayi dalam kesakitan atau ketidakselesaan, bayi mungkin akan menangis dengan kerap untuk memberitahu keadaan mereka kepada ibu bapa. Jadi sentiasa pastikan suhu bayi anda berapa pada tahap normal, nafas mereka baik dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor dengan cepat terutama bayi di awal usia.
Perhatian
Kadangkala, bayi anda hanya perlukan perhatian anda seperti memeluk dan mendodoi bayi bagi keselesaan mereka. Sekiranya semua keperluan bayi dipenuhi dan bayi masih menangis, kemungkinan mereka memerlukan anda untuk mengangkat mereka.
Takut
Bayi di awal usia berapa pada fasa peralihan dari rahim ibu ke dunia luar. Ia juga dikenali sebagai trimester keempat bagi bayi anda. Maka, tenangkan bayi anda dan tenangkan diri sendiri bagi menghadapi fasa ini.