Ilmu penyusuan adalah antara tugas ibu yang paling penting. Bagi ibu menyusu yang bekerja, breastpump adalah teman baik ibu sepanjang waktu bekerja. Menyediakan susu perahan untuk anak tersayang adalah antara tugas terpenting ibu selepas melahirkan. Tahukah ibu, jenis breastpump memainkan peranan penting dalam perjalanan penyusuan ibu?
Selain mengekalkan kuantiti susu, keselesaan dan kemudahan untuk ibu mengepam susu juga ditentukan melalui jenis breastpump yang ibu pilih. Terdapat pelbagai jenis breastpump yang dipasarkan pada masa sekarang. Jadi, hari ini mama-share akan kongsikan jenis-jenis breastpump yang ibu boleh pilih mengikut kesesuaian.
Breastpump Manual

Breastpump manual adalah pam yang tidak menggunakan elektrik. Secara konsepnya, ibu memerah susu dengan menekan picu di pam untuk mengeluarkan susu. Sebahagian ibu lebih suka menggunakan pam manual kerana ibu dapat mengawal kekuatan sedutan pam. Namun, pam manual agak memenatkan untuk digunakan kerana ibu perlu menggunakan tenaga untuk mengeluarkan susu. Antara breastpump manual yang mendapat komen baik adalah dari jenama Avent dan Autumz Joy.

Terdapat juga milk collector yang ibu boleh gunakan untuk menadah susu sementara ibu mengepam. Milk collector dapat memberi rangsangan sedutan lembut dan dapat membantu mempercepat ‘let down reflex’ pada ibu. Milk collector jenama Haaka dan V-cool antara yang menjadi sebutan dan mempunyai review yang baik dari pengguna.
Electric Breastpump
Bagi breastpump electric, terdapat beberapa jenis yang boleh dikategorikan seperti di bawah:
- Single Electric
- Double Electric
- Wearable
- Heavy Duty
Single Electric Breastpump

Terdapat pelbagai jenis single electric breastpump. Ada yang hanya menggunakan electric sebagai power source dan ada juga yang boleh menggunakan electric dan out source seperti power bank dan ada juga electric serta battery seperti battery AAA/AA. Contohnya pam jenis Autumnz Bliss yang menggunakan electric dan battery AAA/AA.
Pemilihan pam jenis ini bergantung kepada bajet mommy. Range harga untuk single electric breastpump adalah sekitar RM250 ke bawah bergantung pada kapasiti motor dan bentuk breastpump itu sendiri.
Double Electric Breastpump

Kebanyakan Double Electric Breastpump didatangkan dengan rechargeable battery atau built in battery bagi memudahkan mommy mengepam di mana2 sahaja. Ia berbeza dari segi ketahanan battery, size dan level of suction. Dan tak lupa juga kebanyakan double breastpump yang dijual di pasaran adalah silent.
Ibu-ibu juga perlu tahu breastpump yg dijual di pasaran merupakan medium duty breastpump which is boleh digunakan 2-3 jam sekali secara berterusan. Ada yang 1 motor dan ada breastpump menggunakan 2 motor seperti Lacte Duet Breastpump. Tapi ibu-ibu tak perlu risau, walaupun menggunakan 1 motor, tapi ketahanan motornya memang di design kan untuk penggunaan 2-3 jam sekali tanpa merosakkan motor pump.
Ada juga Double Breastpump yang boleh menggunakan electric, battery dan power bank iaitu 3 in 1. So jika pam kehabisan battery dan mommy terlupa bawa charger, ia masih boleh digunakan bersama power bank, Ha best kan mcm ni. Hanya Halford Double Breastpump sahaja yang berfungsi 3 in 1 seperti yang saya nyatakan di atas.
Antara jenama yang popular sekarang ada Cimilre F1 Double Breastpump, Autumnz Serene, Spectra 9 Plus, Halford Double Breastpump dan beberapa jenama lgi di pasaran. Range harga untuk double breastpump adalah di antara RM350 hingga RM3000 bergantung kepada jenama dan fungsinya. Jika mommy mempunyai bajet sekitar RM500, mommy dah boleh dapat breastpump double yang terbaik. Mommy hanya perlu survey dan bertanya kepada seller atau rakan-rakan yang pakar mengenai breastpump.
Wearable Breastpump
Bagi wearable breastpump, ia sesuai untuk ibu yang perlu mengepam susu dalam keadaan berdiri atau tempat kerja yang memerlukan banyak bergerak. Motor dan collector yang ringan boleh diselit ke dalam pakaian dalam dan ibu boleh terus melakukan kerja sambil mengepam. Material milk collector juga mempunyai pelbagai material seperti silicon dan pp plastics. Kebiasaannya, motor wearable tidak sekuat Electric pam biasa, namun ia dapat memudahkan ibu untuk mengepam sambil bekerja.
Heavy Duty Breastpump
Ramai yang salah anggap bahawa pam yang mempunyai 2 motor seperti Lacte Duet Breastpump adalah heavy duty pam dan anggapan kedua yang salah adalah jika mommy ep mom perlu menggunakan hospital grade breastpump. NO! Pandangan itu salah ya. EP mom hanya perlu menggunakan medium duty breastpump sahaja dan tak perlu menggunakan heavy duty pam.
Ok saya terangkan apa itu Heavy Duty Pump. Heavy Duty Pump ni adalah Hospital Grade Pump 😛
Hospital grade pump di designkan untuk penggunaan secara berterusan tanpa henti selama 24 jam atau lebih! Maksudnya apabila user 1 guna selama 30 minit dan disambung pula user ke 2 selama 30 minit dan user seterusnya tanpa merehatkan pam tersebut.
Jika kita lihat di hospital, mereka akan menggunakan heavy duty breastpump kerana penggunaannya berterusan tanpa henti terutamanya di wad kanak2 atau nicu.
Biasanya Heavy Duty Breastpump hanya digunakan secara terus kepada plug electric. Antara heavy duty breastpump di pasaran ialah Medela Symphony, Spectra 3 dan Spectra S1.
Untuk ibu yang bekerjaya saya syorkan supaya mommy membeli breastpump yang sesuai dengan persekitaran kerja mommy seperti keadaan work station tertutup atau tidak, dikelilingi staff lelaki atau tidak, keperluan masa mengepam dan sebagainya. Saya akan huraikan dalam topik yang berlainan nanti iaitu Cara-Cara Memilih Breastpump.
Mommy tak perlu risau dalam membuat pemilihan yang terbaik kerana kebanyakan pam yang ada di pasaran sudah meniru gaya penyusuan bayi yang sebenar. InsyaAllah ianya tak menyakitkan. Malahan terdapat butik-butik kelengkapan penyusuan susu ibu yang memberi kemudahan untuk “test” breastpump sebelum mommy mengambil keputusan untuk melakukan pembelian.
Terdapat juga khidmat “sewa breastpump” yang boleh didapati di butik-butik bayi secara online. Penyewa hanya perlu membayar kos pos dan harga mengikut jumlah hari sewaan.