Mama atau Baby Breastfeeding Positive Covid-19? Boleh ke susukan bayi ketika positive covid? Tentu mama tertanya-tanya berkenaan perkara ini. Bayi yang menyusu badan sepenuhnya sudah tentu memerlukan sentuhan rapat dengan mama bukan? Jadi macam mana jika mama positive Covid-19 tapi baby mama negative?
Jadi hari ini mama-share akan kongsikan kenyataan WHO mengenai Covid-19 dan penyusuan dan juga tips dan cara mama untuk memberi penyusuan kepada baby tanpa menyebarkan virus tersebut kepada bayi anda.
Kenyatan World Health Organization (WHO) Malaysia
Menurut WHO, Wanita yang menghidap COVID-19 harus mendapat sokongan untuk menyusu (breastfeeding) dengan selamat. Mama perlu mematuhi SOP penjagaan Covid sebelum, semasa dan selepas menyusukan baby mama.
SOP Breastfeeding Positive Covid-19
- Basuh Tangan Sebelum dan selepas menyentuh bayi
- Memakai Pelitup Muka semasa menyusukan bayi
- Amalkan Kebersihan diri sebelum dan semasa breastfeeding
- Bersihkan dan disinfeksi peralatan menyusu dan permukaan yang sering disentuh secara berkala
Sentuhan kulit ke kulit dan penyusuan susu ibu yang awal dan ekslusif membantu perkembangan bayi

Wanita yang menghidap COVID-19 harus mendapat sokongan untuk menyusu dengan selamat, memberi sentuhan kulit ke kulit dan berkongsi bilik dengan bayinya. Jadi sekiranya mama positive covid-19, mama seharusnya dibenarkan untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit dan berkongsi bilik dengan baby dengan syarat mama membuat penjagaan rapi bagi mengelakkan virus tersebar kepada baby anda.
Wanita yang positive COVID-19 boleh menyusukan bayi sekiranya mereka mahu berbuat demikian

Gambar di atas menunjukkan tatacara yang perlu dilakukan oleh mama semasa menyusukan bayi menurut WHO. Hal ini membantu mengelakkan virus covid-19 untuk menjangkiti bayi anda.
Sekiranya wanita yang menghidap COVID-19 tidak dapat untuk menyusukan bayinya secara terus, dia boleh mendapat sokongan untuk penyusuan dengan selamat melalui cara lain

Mama yang menyusukan bayi dengan cara mengepam boleh melakukan SOP penyusuan yang sama seperti disarankan oleh WHO. Oleh itu mama boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dengan mengikuti SOP yang dicadangkan ya!
Semoga perkongsian mama-share dapat memberi penjelasan kepada mama breastfeeding yang positive covid-19 untuk meneruskan penyusuan dengan lebih tenang lagi.