Pregnancy Test and Positive? Dah pergi klinik swasta dan scan? Ini masanya untuk buka buku pink!
Apa Itu Buku Pink?
Buku pink ibarat keramat bagi ibu mengandung yang perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi. Buku pink adalah buku adalah Buku Rekod Kesihatan Ibu yang mengandungi semua sejarah kehamilan ibu semasa temujanji antenatal di Klinik Ibu dan Anak. Kebanyakkan orang menggunakan istilah Buku Pink sebagai singkatan kepada Rekod Kesihatan Ibu. Ia akan memudahkan doktor melihat rekod kehamilan dan permasalahan sekiranya berlaku ketika proses hendak bersalin.
Buku pink juga wajib dibawa kemana-mana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
‍Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak buat buku pink semasa MCO. Disini mama-share.com kongsikan beberapa cara bagaimana anda boleh mendapatkan buku pink anda semasa MCO.
Temujanji
Buat temujanji secara online di Klinik Kesihatan https://qmed.asia/booking. Di QueueMed, anda boleh masukkan butiran dan perlu pastikan zon tempat tinggal anda adalah betul mengikut kawasan yang ditetapkan untuk klinik kesihatan tersebut. Boleh rujuk di bawah sebagai contoh Zon A di Klinik Kelana Jaya, Selangor.
Foto dari QMED
Umur Kandungan
Anda dinasihatkan untuk buka buku pink sebelum kandungan 12 minggu. Namun, jika tarikh slot di QueueMed Klinik Kesihatan telah penuh, anda boleh hubungi klinik tersebut untuk mendapatkan kepastian apa yang anda perlu lakukan seterusnya.
Dokumen yang diperlukan
Ketika pergi membuat pendaftaran buku pink, anda boleh bawa dokumen berikut:
- Kad pengenalan (KP)
- Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
- Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda.
- Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).
- Gambar scan sekiranya telah pergi scan di Klinik Swasta.
Bayaran Pendaftaran
Bayaran pendaftaran adalah percuma untuk warganegara. RM5 sekiranya dirujuk pakar.
Pemeriksaan akan dilakukan oleh jururawat
Jururawat di Klinik Kesihatan akan bertanya dan merekodkan informasi kesihatan anda secara terperinci ketika mendaftar. Antara prosedur yang dilakukan adalah :
- Dengan mengukur tinggi dan berat anda
- Soalan tentang kesihatan anda, sejarah kesihatan keluarga sepeti kencing manis atau darah tinggi.
- Anda akan diberi tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda iaitu hari pertama bulan terakhir.
- Ujian air kencing untuk kandungan protein dan gula dalam urine. Anda mungkin diberikan suntikan kancing gigi.
- Akhir sekali, anda akan diberi dengan ubat pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.
‍
Semoga tips dan info yang diberikan dapat membantu anda bersedia untuk membuka buku pink dan proses yang anda bakal hadapi berjalan dengan lebih lancar.
Nota: Ada juga yang panggil buku rekod kesihatan ibu ni sebagai buku merah.
‍
Rujukan: